Bengkel Penyuntingan Video @ Institut Perguruan Guru Perlis
14 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 & 14 Ogos 2025, NADI telah menerima jemputan daripada guru Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan Guru, Perlis untuk mengadakan bengkel penyuntingan video bertemakaan Kemerdekaan menggunakan aplikasi Capcut. Seramai 24 buah sekolah diwakili 4 orang pelajar dan guru telah terlibat dalam menghadiri bengkel tersebut. Selama program berlangsung, NADI juga mengadakan pertandingan dalam membuat video berdurasi 1 minit lebih mengikut kreativiti masing – masing dengan syarat dan tema yang telah ditetapkan oleh pihak NADI. Sepanjang bertandingan berlangsung, aspek kerjasama dari guru – guru dan anak murid jugak di titik beratkan dalam tempoh pembuatan video dilakukan. Pertandingan video terbaik dimenangi oleh SK Kuala Perlis dan hadiah berserta sijil telah diberikan.
Selain itu, NADI Batas Lintang juga turut dibantu oleh NADI lain iaitu NADI RPA Arau, NADI Kampung Surau dan NADI Tambun Tulang. Sempena sambutan bulan kemerdekaan yang bakal berlangsung, murid – murid juga diterapkan dengan semangat nasionalisme berserta laungan kemerdekaan,
Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: